Friday 9 December 2011

NOMBOR BULAT HINGGA 100

Pelajaran: Menyatakan kuantiti secara intuitif
i: Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit.
ii. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan sama banyak atau tidak sama banyak.
iii. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan lebih atau kurang.
iv. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan besar atau kecil.

Tujuan Unit:
a.       Murid akan dapat membanding kumpulan yang banyak dan sedikit objek.
b.      Murid dapat membanding dua kumpulan secara padanan.
c.       Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek
d.      Murid dapat membanding dua kumpulan sama banyak.

Signifikasi:
a.       Murid dapat membanding kumpulan objek yang banyak dan kumpulan objek yang sedikit.
b.      Murid dapat membuat pemerhatian tentang dua kumpulan mengikut padanan.
c.       Murid dapat mengenali benda mana yang jumlahnya besar dan jumlah yang kecil.
d.      Murid akan tahu kumpulan atau benda mana yang banyak atau sedikit, semoga tidak tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.
e.       Menghargai sesuatu sama ada banyak atau sedikit.

Pengetahuan sedia ada:
Pelajaran i: Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit.
Ø  Murid sudah biasa melihat jumlah benda atau apa sahaja dalam kuantiti yang banyak atau sedikit.
Ø  Jelaskan makna banyak atau sedikit
Ø  Tunjukkan contoh atau gambar, mana yang banyak atau sedikit.
Ø  Biarkan pelajar membuat pemerhatian diluar bilik darjah apa yang banyak atau sedikit.

No comments:

Post a Comment